Monday, January 31, 2011

Lee Chong Wei Kecundang Lagi Ditangan Lin Dan

Salam semua, sorry lama tak buat entri kat blog ni. Maklum le sibuk sikit dengan kerja harian, Semalam aku ada tengok perlawanan akhir badminton perseorangan lelaki Terbuka Korea diantara Datuk Lee Chong Wei Menentang Lin Dan dari China. Pada set pertama agak tersentak apabila Lin Dan mendahului Chong Wei dengan 21-19. Pada set kedua pula Chong Wei memberi sedikit kegembiraan kepada penyokong malaysia apabila memenangi set kedua itu dengan kiraan mata 21-14 dan memaksa permainan dibawa ke set penentuan. Tapi kegembiraan itu tidak bertahan lama apabila Lin Dan mengungguli set ke-3 dengan kiraan mata 21-16, seterusnya melenyapkan impain aku untuk melihat Lee Chong Wei menjadi juara terbuka korea, hehe. Wah, macam wartawan pula, miahaha.

Apapun Lee Chong Wei still the best player in the world, sesuai gelarannya sebagai pemain nombor satu dunia. Aku percaya kekalahan semalam akan menyuntik dan membakar lagi semangat Chong Wei untuk bekerja lebih keras untuk menghadapi kejohanan yang lain pada masa depan. Syabas Chong Wei kerana memberi tentangan yang hebat kepada Lin Dan semalam.:)

No comments: