Monday, February 21, 2011

Azizulhasni - Wira Negara


Salam semua, aku berasa bangga dengan Azizulhasni kerana menunjukkan semangat juang yang tidak mudah menyerah kalah sebelum sampai ke garisan penamat biarpun serpihan kayu sepanjang 7 inci menembusi betisnya. 

Dia yang terlibat dalam perlanggaran bersama empat pelumba lain semasa saingan akhir acara keirin bagaimanapun bangkit semula dan meneruskan perlumbaan dengan serpihan kayu yang masih tertusuk di betisnya dan seterusnya merangkul pingat gangsa.

Pehh...memang luar biasa semangat yang Azizul tunjukkan tu. Kalau aku la, memang terpekik,terlolong dan semua ter....la. Miahaha, kayu 7 inci tembus di betis tu baiii...aku tengok pun da boleh baca macam mana kesakitan yang Azizulhasni tanggung tu.

Apapun diucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Azizulhasni kerana biarpun berada ditempat ketiga pada saingan akhir, dia tetap dinobatkan sebagai juara keseluruhan kejohanan tu. Semoga Azizulhasni cepat sembuh dan kembali beraksi..amin.

kredit gambar -> bharian

2 comments:

Shafiq Izwan said...

bangga sangat dengan azizul! harap atlet lain contoh attitude dia. pergh!

Zul said...

@ShafiqIzwan

betul tu:)