Saturday, February 5, 2011

Blogging - Apa Tujuan Anda?


Salam semua, entri kali ni aku nak sentuh sikit pasal tujuan kita berblog (blogging). Apa sebenarnya tujuan utama kita menulis blog? Adakah semata-mata ingin mengejar pendapatan dengan blog atau berkongsi sebarang maklumat atau pendapat dengan pembaca.

Bagi aku, niat aku berblog adalah lebih kepada ingin berkongsi pengalaman dan juga sebarang maklumat yang berguna kepada pembaca. Aku tidak nafikan, dulu keinginan berblog cuma ingin mencuba sesuatu yang baru dan tidak kurang juga ingin menjana pendapatan darinya, huhu. Ini disebabkan terpengaruh kerana melihat blogger-blogger lain meraih pendapatan yang lumayan. Tapi aku sedar, semua itu hanya akan dapat dicapai jika kita menjadi blogger yang baik dan berjiwa kental.

Apapun semua ini bergantung kepada niat kita sebenarnya. Jika niat di hati ingin menjana pendapatan menerusi blog tu boleh bagi motivasi untuk korang lebih giat menulis dan menghasilkan entri yang kreatif dan berkualiti, maka teruskan lah jika itu memberi korang semangat untuk terus berblog.

Apa yang penting adalah terus memperbaiki lagi hasil penulisan, kerana aku percaya hasil penulisan yang berkualiti dan menarik akan menarik minat ramai pembaca ke blog dan pendapatan tu akan datang dengan sendiri tanpa kita sedari, wassalam.


p/s: Blog aku masih baru, trafik pun ciput..perjalanan masih jauh lagi..huhu.

2 comments:

amry said...

aku setuju 200% bro pendapat ko ni. nice entry :)

Zul said...

@amry

thanks bro:)