Saturday, March 12, 2011

All England : Chong Wei Mara Ke Separuh Akhir


Salam,

Wah..dah lama nampaknya aku tak update blog ni, dah bersawang..hehe. Kebelakangan ni aku agak sibuk sikit dengan urusan yang tidak dapat dielakkan..mohon maaf sekiranya ada readers yang tertunggu tunggu entri baru dari blog ni...ada ke yang tunggu? hahaha..perasan pulak aku ni.

Ok la, entri kali ni aku nak sentuh pasal kemenangan Datuk Lee Chong Wei ke atas pemain Thailand iaitu Boonsak Ponsana dengan kemenangan mudah 21-15 pada set pertama dan 21-7 pada set kedua. Kemenangan ni melayakkan Chong Wei mara ke separuh akhir untuk bertemu dengan pemain dari China iaitu Chen Long.

Harap harap kali ni Chong Wei akan mara ke final dan sekali gus akan merangkul gelaran juara keseluruhan kejohanan All England. Tahniah juga diucapkan kepada pasangan bergu negara iaitu Koo Kien Keat dan Tan Boon Heong yang juga mara ke separuh akhir selepas menewaskan lawan mereka iaitu Markis Kido dan Hendra Setiawan dari Indonesia..Malaysia boleh!

1 comment:

shopping2u said...

wa..sedapnye buah tu..sy suke !!=.='