Thursday, July 28, 2011

Komisyen Pertama Dari Program Affiliate


Assalam,

Pagi tadi tergerak hati nak buka email, tengah baca2 email pastu nampak email "Tahniah Anda Menerima Komisyen!". Ingatkan email biasa2 jer. Aku pun buka la email tu saja nak tahu apa isi kandungan email tu. Sahh...memang betul aku terima komisyen dari salah satu program affiliate yang aku join. Macam nak terlompat pun ada juga..hehe. Biarpun komisyen tak seberapa, yang penting tu adalah duit pertama yang aku perolehi hasil dari program affiliate.

Program Afiliate adalah salah satu cara paling mudah untuk kita menjana pendapatan. Sebab apa aku cakap mudah? sebab korang tak perlukan modal walau sesen pun. Hanya perlu promote produk orang lain sama ada produk fizikal atau digital. Terpulang bagaimana cara korang untuk buat promosi asalkan mengikut cara yang betul dan berkesan. Sekiranya ada pembeli membeli sesuatu produk itu dari link korang, pemilik produk akan membayar komisyen kepada seperti yang dijanjikan. Mudah bukan?.

Korang boleh search kat pakcik google dan cari mana-mana produk fizikal atau digital yang menawarkan program affiliate ni. Kebiasaannya produk digital seperti ebook atau video panduan ada menawarkan program affiliate ni. Kalau boleh, cari produk yang mendapat permintaan (HOT) dan menawarkan komisyen yang dirasakan berbaloi. Apapun itu terpulang kepada korang untuk memilih mana2 program afiliate yang ingin disertai. Peace:p.

No comments: