Friday, September 16, 2011

Hari Kemerdekaan Dan Hari Malaysia 2011


Assalam,

Sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia akan diadakan serentak pagi esok iaitu 16 September 2011 bersamaan dengan hari jumaat. Pastinya akan meriah dengan perarakan dan acara perbarisan. Agak kecewa sedikit sebab tahun ni tidak tersenarai mewakili kontinjen perbarisan jabatan tempat aku bekerja...hehe. Harap tahun depan ada peluang lagi..insyallah.

Disini aku mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menyambut hari kemerdekaan ke 54 dan hari Malaysia. Semoga keamanan dan kesejahteraan negara akan berkekalan. Dan selamat bercuti juga untuk semua..tapi aku tetap bekerja sebab kerja "On Syif". Tak dapat la tengok perarakan ..hehe.

No comments: