Tuesday, September 20, 2011

Tips Kesihatan




Penghapus Toksin Badan
Taburkan harba pasrsli pada makanan anda. Ia dipercayai boleh membantu membersihkan buah pinggang, saluran kencing dan hati.

Jika batuk kering...

Anda sudah lama mengalami masalah batuk dan ia seakan kering? Ia tidak sembuh walaupun anda sudah memakan pelbagai jenis ubat daripada doktor?Apa kata, anda cuba minum teh jintan manis.Anda boleh membuat teh ini dengan merebus dua sudu kecil jintan manis dengan dua cawan air. Kemudian, tapis air rebusan dan kacau ke dalam dua cawan teh.Tambahkan madu sebagai perisa jika anda suka.Anda juga boleh meminum air rebusan jintan manis tanpa teh jika mahu. Teh ini dipercayai boleh mengeluarkan lendir dan memperbaiki pernafasan dan dada yang seakan sesak.

Melembapkan rambut kering

Lemak di dalam avokado dipercayai dapat melembapkan rambut. Pisang pula dikatakan boleh membuat rambut berkilat. Pilih biji avokado yang sudah ranum. Kemudian, letak avokado itu bersama pisang ke dalam sebuah mangkuk. Kacau dengan beberapa sudu besar minyak zaitun. Kisar semua bahan sehingga halus. Sapukan pada rambut dan biarkan ia bertindak sebagai perapi rambut selama 15 minit. Bilas rambut dengan air suam.

Mereda Slaran Matahari

Aduh! Sakitnya jika mengalami selaran matahari di kulit. Salah satu cara murah untuk meredakan kesakitan pada permukaan kulit ialah dengan menyapukan jus kentang.Anda boleh mengisar kentang lalu tapiskan airnya untuk mengambil jus atau merendam kentang ke dalam semangkuk air. Lalu, sapukan cecair pada kulit muka.


kredit:bloger sha

No comments: