Wednesday, November 9, 2011

Cara Menulis Tips Dan Tutorial Blogging


Assalam,

Semakin ramai blogger2 yang menulis artikel berkenaan tips dan tutorial blogging di blog mereka. Ini kerana tips dan tutorial sangat diperlukan bagi blogger baru mahupun yang sudah lama dalam dunia blogging. Mungkin ada antara blogger baru yang masih pening apa tips yang patut dikongsikan dan yang sering dicari. Ok..disini aku nak share sedikit tips macam mana nak menulis tips yang baik. Antara tips dan tutorial yang sering dicari adalah seperti:

1. Tips memasang iklan diblog.

Masa mula2 blogging pun aku sentiasa tercari-cari macam mana nak pasang iklan dalam blog. Search je di google memang belambak tips2 macam mana nak pasang iklan dalam blog. Kebanyakannya cara memasang iklan nuffnang di blog. Tips ni juga memang agak popular dikalangan blogger baru. Kalau korang dah advance..korang boleh share macam mana nak masukkan kod HTML iklan melalui editing template blog. Kebanyakan blogger baru kurang memahami cara ni.

2. Tips memasang widget di blog.

Korang boleh kongsikan bagaimana nak pasang widget dalam blog blogspot ataupun wordpress bagi mereka yang menggunakan platfrom wordpress. Widget ni kalau nak pilih satu2 memang banyak, so korang kongsikan widget apa yang patut ada dalam blog mereka dan kebaikannya kepada blog. Ni ikut kepandaian masing2 la ye..mana2 widget yang bagi korang berguna untuk blog.

Kesimpulannya, Tips dan tutorial mestilah dalam bentuk yang ringkas tapi padat dan mudah untuk difahami oleh semua pembaca. Tips yang baik adalah tips yang disertakan sekali gambar2 screecshot bagaimana melakukannya dari mula sehingga tamat. Tapi pastikan korang dah cuba dan memang terbukti menjadi. Sebab kalau ada pertanyaan mengenai tips yang di kongsikan, senang nak jawab dan selesaikan masalah mereka. Sekian dan wassalam.

No comments: