Saturday, December 17, 2011

Perkahwinan Jarak Jauh Menyusahkan?

Assalam semua..


Ramai orang kata berkahwin dengan orang berdekatan atau senegeri adalah lebih menyenangkan. Antara alasan yang sering diberikan, senang balik kampung kalau musim cuti sekolah atau raya. Masih ada lagi ke yang beranggapan seperti ni? Jika ada, please change you mindset..sekarang kan zaman moden, zaman teknologi yang hampir semua perkara boleh dilakukan dengan pantas. 

Tak semestinya kalau berkahwin dengan orang jauh tu susah, kalau malas sangat nak beli tiket, YM,skype kan ada. On webcam tu luas-luas untuk tengok satu keluarga pun boleh, hehe. Ada jugak member-member saya yang kahwin dengan orang semenanjung, senang je kalau nak balik kampung diorang, hehe. Apa yang penting masing-masing kena adil la..tahun ni balik rumah mentua, tahun depan balik rumah kita dan begitulah seterusya..kan senang.

Lagi satu, bagi mereka yang berkemampuan tu kalau rasa takde masa nak balik kampung..boleh lah sponser tiket flight untuk mentua dan ibubapa. Sekali salah apa salahnya kan..hehe. 

Pada mereka yang masih lagi beranggapan berkahwin jarak jauh ni menyusahkan, sila ubah pemikiran anda itu and think positive. Fikir-fikirkan lah ye..

No comments: