Monday, December 26, 2011

Tips Diet Kuruskan Badan

Assalam semua..



Ok, kali ni saya nak berkongsi dengan anda mengenai beberapa tips mudah yang boleh anda praktikkan dalam misi anda untuk mendapatkan bentuk badan yang ideal.

1. Amalkan minum air putih sebaiknya air suam sekurang-kurangnya sebanyak 2 liter sehari.

2. Jangan sesekali meninggalkan sarapan pagi, Biarpun sesibuk mana pun anda, ambil sedikit masa untuk bersarapan kerana sumber tenaga anda bermula dari situ.

3. Amalkan makan malam sebelum jam 7.00 malam dan cuba elakkan pengambilan makanan yang berat pada waktu ini. Ini kerana kadar metabolisme yang rendah pada waktu malam akan menyebabkan makanan yang anda makan disimpan menjadi lemak.

4. Kurangkan makan makanan yang berlemak dan yang berkarbohidrat tinggi seperti nasi. Cuba makan roti dan bijirin sebagai pengganti nasi. Kurangkan juga makanan yang mengandungi kandungan gula dan garam yang tinggi seperti ikan masin, kicap, sos cili / tomato dan sebarang jeruk.

5. Dan yang paling penting sekali, buat senaman yang mengeluarkan peluh sekurang-kurangnya 30 minit sehari seperti berjogging, berenang dan bagi sesiapa yang duduk berhampiran dengan gym, boleh lah pergi gym ye, hehe.

6. Rajinkan diri untuk melakukan senaman membina otot seperti sit up, tekan tubi dan lain-lain senaman yang boleh membina otot-otot badan. Senaman membentuk otot dapat membantu membakar lemak.

No comments: