Tuesday, February 8, 2011

Penipuan Blogwalking.


Salam semua, diharap semua sihat hari ni. Isu ni pasti ramai yang dah tahu kan, rata-rata blog yang aku terjah mesti ada je yang sentuh pasal penipuan blogwalking ni. Dalam blogwalking pun ada juga unsur penipuan ni ye, ish2..ni mesti kes malas nak buat blogwalking ni secara manual ni, hehe.

Apa yang aku dapat tahu, mereka yang buat penipuan blogwalking ni boleh mendapat trafik dengan mudah dengan meninggalkan jejak diorang kat 'shoutmix' tanpa perlu berkunjung ke blog korang, hohoho. Waa...nampak macam best kan, dapat tinggalkan jejak kita tanpa perlu bersusah payah mengunjungi blog orang lain. Tapi sebagai tuan punya blog, tidakkah korang rasa seperti telah diperdayakan? ye la, kalau dah tinggal jejak kat kotak jerit tu mesti kita balas balik kunjungan diorang kan, padahal diorang langsung tak masuk blog kita pun.

Tapi bukan semua perisian blogwalking salah di sisi dunia blog, ada juga dicipta untuk memudahkan blogger, contohnya perisian yang dicipta oleh sepaku.net ni. Aku tak nak ulas panjang lebar, Kalau nak tahu lebih lanjut mengenai perisian ni, boleh klik sini.

Aku rasa tak perlu lah nak main tipu-tipu dalam blogwalking ni. Berblog lah secara berhemah dan tidak memperdayakan sesiapa. Walaupun dalam dunia blog ni kita tidak bersua muka dan mungkin kita tak kenal satu sama lain, tapi tanamkan lah rasa hormat sesama blogger lain sama seperti kita didunia nyata ni, wassalam.

4 comments:

xazryx said...

sepaku.net tu mcm myspace la kn ?ade la jgk maen dulu .tp da lame x sentuh .hoho .

zul said...

@xazryx

Salam xazryx..saya tak pernah lagi join kat sepaku.net ni..hehe:)

Adzriel AB said...

manual blogwalking lebih afdal menambah teman. kesannya lebih lama..

zul said...

@Adzriel AB

betul tu Adzriel..sokong 200%..hehe.