Thursday, February 10, 2011

Harimau Malaya Buktikan Reputasi Selaku Juara Asia Tenggara

Salam semua..korang apa khabar? diharap sihat semua. Perlawanan persahabatan antara Malaysia dan Hong kong semalam menyaksikan pasukan negara mengatasi pasukan Hong Kong 2-0 dan seterusnya membuktikan bahawa gelaran juara Asia Tenggara yang dipegang bukan disebabkan faktor nasib semata-mata.

Jaringan pertama 'Harimau Malaya' diperolehi hasil gerakan cantik oleh ketua pasukan negara iaitu Safiq Rahim sebelum separuh masa pertama tamat. Manakala jaringan kedua iaitu jaringan kemenangan buat Malaysia pula dijaringkan oleh Amirul Hadi.

Ini membuktikan bahawa pasukan bolasepak negara kita kini berada pada prestasi yang boleh dibanggakan. Mungkinkah pasukan muda negara dapat mengembalikan zaman kegemilangan bolasepak negara seperti di zaman kegemilangan pemain 'Lagenda' negara iaitu Allahyarham Mokhtar Dahari dan yang seangkatan dengannya. 

Harap-harap macam tu kan, rasanya agak lama juga pasukan negara tidak mempamerkan prestasi yang cemerlang seperti sekarang, Wassalam.

6 comments:

EmanCloud said...

mereka bcadang nak buat perlawanan frendly setiap bulan utk kekalkan momentum permainan. tak sabar menantikan plawanan dengan chelsea! hope dengan kejayaan ini team kita tidak riak. sebab yang Esa sentiasa memerhati.

Pejuang Kesenian Extreme said...

@EmanCloudAku pon tak sabar juga...haram2 chelsea kena titik..hehe

suhaida shukor said...

Cinta sama Harimau Malaya. Bangga.

ShafiqIzwan said...

cayala malaysia!

zul said...

@EmanCloud

saya setuju kalau mereka mengadakan perlawanan persahabatan setiap bulan.ini dapat mengekalkan rentak permainan mereka dan dapat bersedia menghadapi lawan pada masa akan datang..

G6 said...

congrat =)