Wednesday, May 11, 2011

Kuasa "Lubuk Rahsia Dropship"

 

Salam semua, agak lama rasanya aku tak update blog ni, mohon maaf sekiranya semua pembaca asyik lihat entri yang sama sahaja setiap kali mengunjungi blog ini. Kebelakangan ini aku agak sibuk sedikit dengan urusan kerja dan tak kurang juga dalam aktiviti 'perniagaan' sambilan di ebay. Ya..sebenarnya aku dah lama jadi registered member kat ebay tapi belum pernah lagi berjaya menjual mahu pun 1 item di laman ebay. Sehinggalah satu hari aku ditemukan dengan Panduan Video Lubuk Rahsia Dropship dari saudara Mohd Najib Bin Asaddok.

Apa itu Dropship? mungkin ada yang belum tahu atau mengenali perkataan dropship. Ok, dropship adalah satu konsep perniagaan yang mudah dan disarankan untuk mereka yang menceburi perniagaan internet kerana ia tidak memerlukan anda mengeluarkan modal dan menyimpan stok. Anda cuma perlu dapatkan gambar dan maklumat produk dari pembekal/dropshipper. Konsep dropship ni juga boleh dipanggil satu Teknik Jana Wang Tanpa Modal. Dari ayat ni pun kita dah tahu perniagaan berkonsepkan dropship ni adalah mudah dan boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja walaupun hanya bekerja dari rumah.


Mengenai produk ni pula, Panduan video lubuk rahsia dropship adalah dalam bentuk video dan ianya mudah difahami dan ia menerangkan bagaimana anda boleh mendapatkan sesuatu produk dengan harga yang murah dari harga pasaran kerana kebanyakan pembekal adalah kilang-kilang. Teknik deal dengan pembekal juga ada ditunjukkan dalam panduan video ini. Selain itu, panduan ini juga akan menerangkan tempat yang sesuai untuk anda menjual produk dan tips-tips perniagaan yang patut anda ketahui. Pendek kata, panduan dalam bentuk video ini adalah satu panduan yang lengkap dan amat mudah difahami terutamanya golongan newbie (orang baru) yang baru berjinak-jinak dalam perniagaan internet. 

Untuk menempah produk ini, anda hanya perlu klik sahaja pada gambar produk diatas atau banner yang terdapat diblog ini. Aku jamin yang wang anda laburkan untuk membeli produk ini tidak akan sia-sia begitu sahaja kerana keuntungan yang akan anda dapat selepas ini adalah amat berbaloi sekiranya anda memahami dan memperaktikkan apa yang ditunjukkan dalam panduan video lubuk rahsia dropship ini. Aku sendiri telah memiliki panduan video lubuk rahsia droship ini pada awal bulan April. Alhamdulilah, aku telah mendapat jualan pertama di ebay tidak sampai seminggu memiliki produk ini. Hasilnya pun cukup untuk pulangkan modal yang aku keluarkan untuk membeli produk ini. Apa yang penting, fahami dan praktikkan apa yang ditunjukkan dalam panduan video ini, Sekian dan Wassalam.

 
Ingin tahu pemasaran melalui Email? KLIK DISINI!





No comments: