Thursday, June 9, 2011

Aku Dah Langgan 'Aweber'


Assalam semua,

Sekali lagi blog ni dipenuhi sawang sebab dah lama aku tak update dengan entri baru..hehe. Sebenarnya aku takde cerita baik yang nak dikongsikan pun, tapi masih nak sharing juga dengan korang yang masuk blog aku ni. Semalam adalah buat pertama kali aku melanggan Aweber. Yuran untuk langganan pertama adalah 1usd je..pastu bulan ke-2 baru dikenakan yuran penuh iaitu 19usd iaitu bersamaan dengan matawang kita sekitar RM57-58. Mahal ke murah tu?

Sebenarnya yang juga yang free, tapi biasalah..yang free ni banyak kekurangannya berbanding yang berbayar. So, demi memikirkan jangka masa panjang, aku pun buat keputusan langgan yang berbayar.

Bagi yang masih tak tahu apa itu Aweber, ia adalah sistem Autoresponder berbayar. Ia adalah tools yang harus dimiliki bagi sesiapa yang ingin mengembangkan lagi sama ada untuk Perniagaan Internet, Blog atau apa sahaja. Autoresponder ni ada banyak, seperti Aweber, Getresponse, Norabots, Trafficwave dan pelbagai lagi. Ianya memudahkan kita untuk menghantar email kepada semua subscriber kita dengan hanya satu klik sahaja. So korang tak perlu susah payah nak hantar email satu2. Semua kerja ni dilakukan 100% oleh sistem Autoresponder. Kita hanya perlu karang email dan tetapkan waktu ia perlu dihantar.

Kalau korang masih tak faham mengenai Sistem Autoresponder ni, senang je..tanya ngan pakcik Google..hehe. Ok lah, mata aku pun dah macam ada batu 1 kilo tergantung kat kelopak mata ni, so sekian saja untuk kali ni dan nantikan next entri dari aku ok..sekian dan wassalam.



 

2 comments:

Unknown said...

hehe..apik tak penah lagi langgan pape..

Zul said...

@apik pehe
hehe..takpe lepas ni boleh la try langgan autoresponder:)