Friday, June 24, 2011

Harimau Malaya Menganas Lagi!



Assalam semua,

Persembahan sekuad bawah 23 tahun negara yang menentang Lubnan pada malam tadi sememangnya tidak mengecewakan. Kemenangan 2-1 ke atas Lubnan melayakkan Malaysia ke pusingan seterusnya dalam saingan kelayakan Olimpik 2012 yang akan diadakan di London. Gol pertama Malaysia di jaringkan oleh Irfan Fazail pada minit ke-8, manakala gol kedua pula di jaringkan oleh Wan Zack Haikal pada minit yang ke-41 sebelum tamat separuh masa pertama.

Pasukan Lubnan mendapat gol saguhati pada minit ke-63 yang dijaringkan oleh Chadie Atie. Apapun tahniah kepada sekuad bawah 23 tahun bimbingan jurulatih Ong Kim Swee. Semoga kemenangan malam tadi dapat memberi suntikan semangat untuk mengharungi perlawanan akan datang..Sekian. 

P/s : Kalau suka entri ni klik "like" k.. ^_^

1 comment:

Cebagoo Market said...

Tumpang lalu...
Nak jersi? EPL?
Harimau Malaya Jersey? Follow this link http://cebagoomarket.blogspot.com/