Tuesday, September 13, 2011

Safee Sali Ke Cardiff City


Assalam,

Setinggi-tinggi tahniah kepada penyerang negara iaitu Safee Sali yang telah berlepas ke England untuk menjalani sesi ujian bersama Kelab Kejuaraan England, Cardiff City. Dalam pada itu, Safee merupakan pemain Malaysia pertama diberi peluang untuk meluaskan pengalaman bersama salah satu Kelab ternama England itu.

Sebagai rakyat Malaysia aku bangga kerana masih ada pemain Malaysia yang mampu menarik perhatian Kelab-kelab bolasepak ternama terutamanya dari England. Seharusnya Safee Sali dan pemain Malaysia yang lain diberikan pujian kerana berjaya membuka mata kelab-kelab bolasepak ternama bahawa Malaysia juga mempunyai pemain bolasepak yang berbakat dan berkemampuan.

Mungkin lepas ni ada lagi pemain negara yang akan mendapat tawaran dari kelab ternama seperti Arsenal, ManU, Chelsea, Man City..siapa tahu kan..hehe.

No comments: