Friday, January 21, 2011

Login Maybank2u Berwajah Baru


Dah lama tak login di Maybank2u ni, sedar2 dah berwajah baru rupanya halaman login maybank2u ni. Biarpun tak banyak sangat perubahan yang dilakukan, tapi design baru ni lebih menyedapkan mata memandang dan lebih jelas sedikit berbanding laman login yang lama.
Ok la, satu aku nak ingatkan korang semua jangan mudah terpedaya dengan sindiket scam perbankan internet yang semakin berleluasa sekarang. kalau korang ada menerima sebarang email yang menyatakan kononnya akaun korang ada masalah atau mengarahkan korang untuk isi maklumat diri dan akaun, korang kena berhati2 sebab ini mungkin satu penipuan. Korang boleh terus je menghubungi pihak bank untuk memastikannya. Maklumlah, zaman canggih sekarang ni macam2 boleh dilakukan oleh individu yang tidak bertanggungjawab.


So, berhati2 lah wahai teman2 ku, jangan biarkan para 'scammer' ni senang2 nak ambik duit kita kat dalam bank tu. Wassalam

2 comments:

Admin said...

aku tak der maybank, CIMB adalah... hehe...bahaya sindiket2 ni...memang sah2 tipu. pihak bank kalau ada apa2 diorang akan call.

Zul said...

ya..btul tu amry, sya pernah juga dapat email2 macam ni yang minta kita update maklumat akaun. kalau kita terpedaya, habis la..hehe:)