Monday, January 17, 2011

Tips Menjana Trafik Ke Blog - Part 1


Tips yang aku ingin kongsikan dengan korang kali ni memang kebanyakkan korang dah tahu, tapi aku still nak kongsikan bersama sebab aku percaya masih ada lagi sebilangan yang tak tahu cara yang mudah ni dapat menjana trafik di blog. Cara ni hanya memerlukan korang meluangkan sedikit masa dan kerajinan.
Satu aku nasihatkan kepada blogger2 baru (termasuk aku sekali), duduk diam dan tunggu je harap orang akan datang dengan sendirinya ke blog adalah satu kesilapan. Untuk memajukan sesuatu blog kenalah ada sedikit usaha yang korang perlu ambil dan amalkan. Ok lah, ni adalah antara tips yang aku amalkan untuk menjana trafik kat blog aku yang masih baru ni, walaupun tak banyak mana, tapi alhamdulilah ada juga beberapa orang datang jenguk2 kat blog aku setelah aku mengamalkan tips ni. So kalau aku buat, takkan korang tak boleh kan.


1. Kunjung mengunjungi blog lain. (Blogwalking)

Cara ni memang aku selalu amalkan sehingga sekarang iaitu blog walking. Selain untuk merapatkan lagi hubungan silatulrahim dengan blogger lain, secara tidak langsung dapat mempromosikan blog korang di blog orang lain.

ni contoh shout box blog aku!

Bagaimana caranya? caranya kora
ng boleh tinggalkan mesej atau ucapan2 yang sopan di 'shout box' yang biasanya dipasang di sisi blog seperti "salam..jln2 kat sini.jom sngh blog","wah..cantik blog awak:)", ngampu la sikit kan hehehe. Mengikut kreativiti korang masing2 lah, tak perlu aku ulas dengan lebih panjang lagi. Aku syorkan korang cari blog yang aktif, blogger yang aktif akan sentiasa memantau perkembangan semasa blog mereka. So tak mustahil mereka akan segera memberikan respon kepada mesej anda:). Korang boleh dapatkan senarai blog list yang aktif di sini> Cikgudahlia.com
2. Tinggalkan komen

Selain cara tadi, korang juga boleh berikan komen setelah korang baca artikel yang ada dalam blog tu. 2-3 komen pun sudah memadai tapi kalau korang rajin nak komen banyak2 pun apa salahnya kan. Dengan cara ini, pemilik blog akan merasa hasil tulisan mereka dihargai dan merasa berbaloi mengorbankan masa untuk menghasilkan sebuah artikel untuk tatapan korang.

Itulah beberapa tips yang aku dapat kongsikan bersama korang buat masa ni. Aku tak pandai nak buat entri panjang berjela ni, hehehe! cukuplah sekadar korang boleh faham sedikit sebanyak apa yang aku telah terangkan. Biarpun ianya akan mengambil sedikit masa untuk menaikkan blog korang, kalau korang sentiasa amalkan insyallah pasti membuahkan hasil. Kalau ada lagi lain tips yang boleh dikongsikan bersama, aku akan masukkan dalam entri yang lain ok. Wassalam.

p/s: Adalah lebih baik kalau korang amalkan kedua2 tips ini jika melakukan blog walking.



10 comments:

Khairul Amry Mohamad Puad said...

Entry yang menarik zul :)
antara menjerit di shoutbox dengan beri komen, better beri komen. sebab ada setengah blogger dia hanya sekadar letak widget shoutbox tu jer, dan mungkin hanya tuan blog jer yang klik link2 kat widget tu. jerit short term punya impak dan bersifat sementara. sebab lama2 link awak akan tenggelam sebab ada pelawat yang jerit kat situ juga.
kalau komen, nama awak akan kekal disitu, apa lagi kalau awak jadi top comentator dalam bog tersebut. beri komen yang membina, bukan sahaja tuan blog tertarik, malah pembaca lain.Long term n kekal
maaf lah. terpanjang plak komen saya. Tak apa yer :)

admin said...

Salam perkenalan Amry..saya setuju dengan pendapat Amry, memberi komen kepada entri mempunyai kelebihan daripada shoutbox. bukan sya kata shoutbox tak bgus, tapi dengan memberi komen ia akan kekal disitu macam yang Amry katakan tadi berbanding shoutbox yang hanya bersifat sementara:).

Illiana Hidayah said...

ok..tips ni telah diikut oleh blogger baru belajar macam saya~tq!

zul said...

Salam Ilianah, sya pn blogger baru gak:)hehehe..

ZulkifliMN said...

Thanks for the info.. Langkah ke-2 dah buat.. =)

admin said...

sama2 zul..salam perkenalan:)

perondajaketbiru74 said...

tq bro fr your info....gud job..

admin said...

thanks bro:)

Res2 Supply said...

Terima kasih Zul dgn tips anda... ni sedang blogwalking mencari customer2 baru utk blog saya yg baru tu.

admin said...

sama2 res2, semoga berjaya dengan blog baru awk tu ye:)