Sunday, January 23, 2011

Nak Pilih Nuffnang Atau Advertlets?

Gambar kredit to sha.tc

Entri ni aku buat khas untuk mereka yang masih confuse nak pilih syarikat pengiklanan mana yang sesuai untuk blog mereka terutamanya newbie yang baru nak berjinak2 dalam dunia blogging. Bagi mereka yang belum mengenali nuffnang dan advertlets ni, diorang adalah syarikat (komuniti) pengiklanan yang semakin meningkat naik di malaysia kini. Boleh dikatakan majoriti blog dipasangkan iklan2 dari mereka sama ada dari nuffnang atau advertlets.




Nuffnang
Nuffnang akan bayar kita berdasarkan 2 keadah iaitu CPM dan CPC.CPMCPC pula bermaksud kita akan dibayar berdasarkan jumlah klik pada iklan.  bermaksud kita akan dibayar berdasarkan jumlah visitor atau pelawat di blog kita. Maknanya disini lagi ramai yang tengok iklan kita tu, makin meningkatlah earning di nuffnang, hohoho.

Tapi harus di ingat, jangan sesekali buat 'fraud klik' ye. Kalau nuffnang dapat detect korang buat fraud klik, silap haribulan diorang akan gantung akaun korang atau lebih malang lagi akaun akan ditutup serta merta, huhu. Oh ya, sebelum terlupa, fraud klik ni bermaksud klik yang dirancang sendiri sama ada klik iklan sendiri atau klik secara kumpulan (awak klik saya,saya klik awak balik..macam tu lah). Biarlah pembaca klik seikhlas hati mereka tanpa di suruh, kerana setiap klik itu adalah rahsia.


Selain tu, entri yang menarik dan berkualiti juga adalah senjata utama untuk meraih pendapatan dengan nuffnang, Ye la, kalau blog korang ada entri yang bagus dan memberi informasi kepada pembaca tak mustahil akan ada pembaca setia blog korang. Semakin banyak pembaca, semakin meningkatlah earning dengan nuffnang, masyuk:).


Advertlets
Bagi advertlets pula, diorang lebih mengambil kira pageview dan trafik pada blog. Biarpun blog korang tidak berupdate setiap hari, earning di advertlets tetap akan meningkat asalkan blog korang mempunyai trafik yang tinggi. So kalau ada yang rasa blog mereka dah ada visitor yang banyak setiap hari, bolehlah try pasang advertlets ni. Bagi yang baru bina blog dan content pun tak banyak lagi, kalau korang nak pasang advertlets pun apa salahnya kan, cuma korang kena tingkatkan usaha untuk mencari trafik.


Apapun content dalam sesuatu blog tu lagi penting kalau mahu menjana pendapatan darinya. Blog yang mempunyai isi kandungan yang berkualiti dan berinformasi akan menarik ramai pembaca dan seterusnya menghasilkan trafik yang tinggi di blog. Buatlah keputusan yang bijak dan yang terbaik untuk blog anda :). Wassalam.
 
Nota: Iklan Nuffnang dan Advertlets tidak boleh digabungkan bersama dalam satu blog. Maknanya, satu blog hanya boleh mengiklankan salah satu daripadanya :)

6 comments:

Adzriel AB said...

akak follow zul juga tau. nuffnang pun dah lama tapi ciput je. BE pun tak de. ada campaign je.. bila masukkan mangga ad dia dah merajuk jadi ordinary. mangga ad ok ke.. bukannya paham sgt pun.

admin said...

thanks kak sudi jadi follower blog ni:) saya pun pasang iklan nuffnang kat blog saya yang lain, tapi sampai sekarang belum ada earning..sebabnya saya ni jenis tak rajin tulis entri..hehe. Tapi alhamdulilah earning saya ngan advertlets makin bertambah setiap hari walaupun tak seberapa.

Khairul Amry Mohamad Puad said...

ooo...kirenyer adverlets ni kalau pakar SEO atau traffik sempoi best a erk? blog aku traffik ciput g.huhu..thanx tuk info ni :)

zul said...

lebih kurang macam tu lah amry..trafik blog saya pun ciput jugak..tapi saya lebih suka pasang iklan advertlets..hehe:)

izwanyusof said...

nak try advertlets tapi byk blogger cakap advertlets lmbat n tak bayar payment.. dilema gak kan..

zul said...

@izwanyusof

salam perkenalan izwan..memang sebelum ni saya ada terbaca entri yang merungut advertlets ni lambat n susah nak bayar, tapi saya percaya kalau kena dengan caranya, pasti dapat cashout earning kita tu nanti. cuba je..tak rugi pun..hehe:)