Salam semua, setiap hari berita berkenaan krisis di Mesir semakin hangat diperbualkan sama ada di television mahu pun dicorong-corong radio. Dan yang paling membimbangkan adalah keselamatan rakyat Malaysia yang berada di sana.
Apapun kerajaan telah melancarkan operasi membawa keluar rakyat Malaysia dari Mesir dan akan dipindahkan ke Jeddah sebelum dihantar pulang ke Malaysia.
Apa yang kita mampu lakukan sekarang adalah mendoakan semoga rakyat Malaysia yang masih berada di Mesir dalam keadaan selamat dan selamat juga pulang ke tanah air.
p/s: Kalau korang nak ikuti perkembangan semasa di Mesir, layari Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita.
2 comments:
semoga semuanya segera dihantar pulang dan selamat sampai
@amry
ya..semoga semuanya selamat..
Post a Comment