Saturday, February 19, 2011

Mulakan Bisnes Bersama Edymart


Salam, pernah tak korang terfikir nak buka bisnes sendiri? atau pun korang yang dah bekerja tapi mahu menjana pendapatan sampingan dengan menjual pelbagai produk. Tapi modal yang tidak mencukupi menjadi faktor angan-angan untuk memulakan bisnes terpaksa dilupakan.

Kali ni aku nak introduce Edymart kepada mereka yang berminat memulakan perniagaan sama ada secara online ataupun offline. Yang tak berminat pun boleh baca juga, manalah tahu terbuka hati korang nak berbisnes lepas ni, huhu. Edymart merupakan laman web komuniti usahawan yang membuka peluang berniaga kepada sesiapa yang berminat untuk memulakan perniagaan dengan yuran keahlian yang rendah.

Tapi sebelum tu, korang perlu mendaftar sebagai pengedar Edymart terlebih dahulu untuk menikmati kelebihan sebagai pengedar. Antara beberapa kelebihan Edymart adalah...

->  Yuran keahlian seumur hidup sebanyak RM100 sahaja. (Nak bisnes kena keluarkan sedikit modal kan..hehe). Dengan yuran serendah tu, kelebihan yang korang dapat adalah..

1. Dapat harga pengedar yang jauh lebih murah biarpun hanya membeli 1 unit produk sahaja sama ada untuk kegunaan sendiri ataupun menjualnya semula.

2. Boleh mendapatkan stok barang disini dengan harga borong yang murah sekiranya korang ada kedai sendiri atau kedai maya (blogshop).

3. Bagi yang ingin menjana pendapatan sampingan secara online atau offline, korang boleh memilih untuk menjadi agen dropship iaitu menjual produk yang ada di Edymart tanpa menyimpan stok di tangan.

4. Edymart juga ada mengadakan seminar atau bengkel untuk disertai oleh pengedar untuk menambahkan lagi pengetahuan dan kemahiran mengendalikan perniagaan.

Setelah menjadi pengedar, korang juga boleh join program affiliate yang diadakan Edymart. Korang akan dapat RM25 bagi setiap pengedar baru yang diperkenalkan melalui link korang...banyak tu weiii..hohoho. 

Jika ada yang masih ragu-ragu dan berminat nak tahu lebih lanjut mengenai perniagaan dengan Edymart ni, boleh usha disini -> Edymart


p/s: Dah jadi pengedar edymart sejak oktober 2010:)