Saturday, March 26, 2011

Trip To Ranau



Salam,

Apa khabar semua?diharap sihat2 selalu hendaknya disamping family tercinta. Agak lama juga blog ni tidak berupdate, macam biasa...agak busy sedikit dengan hal kerja dan pada 19 March 2011 lepas, aku dan family pergi bercuti di Ranau. Nak update blog line kat sana tak clear, So terpaksa tunggu balik ke Kota Kinabalu baru line broadband memacak tinggi.

Entri kali ni aku nak kongsi dengan korang pengalaman semasa percutian kat ranau. Ni yang kedua kalinya aku pergi kat sana, first time tahun lepas. Ok la, meh aku tunjukkan tempat2 yang aku and family lawati masa kat Ranau. Pada hari pertama sebelum ke Ranau, kami singgah kat Strawberi Garden di kundasang. Tempat ni tak jauh dari hotel tempat kami menginap.



Buah strawberi yang sudah masak.


Ni adalah beberapa jenis bunga-bungaan yang sempat aku snap..sebenarnya banyak lagi. 


Kat sini korang boleh rasa sendiri jus strawberi yang masih fresh. Selain jus, Biskut dan jem strawberi juga ada dijual disini.


Ni baru siap makan kat salah sebuah kedai makan di kundasang. Kalau perasaan kat belakang tu nampak puncak gunung kinabalu..best ooo..

Sori gambar tak berapa clear..hehe.
Sebelum balik..kami singgah sebentar kat gerai yang ada di kundasang ni. Gerai ni ada menjual bermacam2 jenis sayur sayuran dan buah buahan segar. 

Setakat tu jelah yang aku dapat kongsikan..bagi korang yang belum pernah lagi jejak kaki ke kundasang dan ranau tu, jom berkunjung ke sini. Memang best sebab udaranya yang nyaman dan fresh..wassalam.

1 comment:

Unknown said...

syoknye dpt gi bcuti...